PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Pakaian Murid Lelaki (SRK & SMK):

Seluar:
(a) Seluar panjang warna biru gelap (SRK) & hijau gelap (SMK).
(b) Kocek seluar mestilah dua di hadapan (bentuk potong serong) dan satu atau dua kocek dibahagian belakang (kocek dalam).
(c) Lebar kaki seluar hendaklah melepasi satu genggaman tangan semasa dipakai
(d) Seluar hendaklah tidak ketat (sila rujuk pada gambarajah).
(e) Bagi mereka yang memakai saputangan, hendaklah dimasukkan keseluruhan saputangan ke dalam kocek seluar.
(f) Dilarang memakai seluar panjang “baggie” iaitu pehanya terlalu besar, semua jenis jeans dan kocek belakang bertampal.
(g) Tali pinggang seluar lebarnya hendaklah 3cm. Kepala tali pinggang yang besar atau berfesyen tidak dibenarkan. Warna tali pinggang hanya hitam atau coklat sahaja.
Baju:
(a) Baju putih (tanpa nampak kesan nila jika dinila) berlengan pendek atau panjang.
(b) Sekiranya memakai baju beerlengan panjang, lengan baju dipergelangan tangan hendaklah dilipat dikancing dau hendaklah dilipat (sekiranya hendak dilipat) sehingga di atas sedikit dari paras siku.
(c) Kocek baju hendaklah di atas dada sebelah kiri. Hanya satu kocek sahaja dibenarkan.
(d) Hanya butang berwarna putih sahaja dibenarkan.
(e) Lencana dan tandanama hendaklah di pakai sebelah kanan bahagian atas dada.

Pakaian Murid Perempuan (SRK & SMK)
Baju:
(a) Memakai baju kurung potongan tradisional leher Telok Belanga dan mesti dikancingkan dengan kemas.
(b) Laboh lengan mestilah mencecah pergelangan tangan.
(c) Tidak dibenarkan melipat lengan baju sehingga menampakkan lengan (mengikut situasi)
(d) Laboh baju di atas sedikit dari paras lutut.
(e) Baju berwarna putih (Jika dinila, tanpa menampakkan kesan nila).
(f) Baju mestilah longgar.
Kain sarong
(a) Kain sarong berwarna biru.
(b) Laboh kain mestilah di bawah paras buku lali.
Tudung Kepala
(a) Memakai tudung kepala berwarna putih sahaja tanpa menampakkan kesan nila.
(b) Tudung kepala tidak bersulam dan memakai pin di kiri dan kanan tudung.
(c) Laboh tudung kepala atas sedikit dari pusat.
Stokin (Sarung Kaki)
(a) Stokin hendaklah berwarna putih sahaja.
(b) Stokin tidak dilipat
(c) Stokin mestilah 8cm (3 inci) dari buku lali.
(d) jika dinila tidak nampak kesan nila (biru).
Kasut
(a) Kasut getah atau kanvas berwarna putih sahaja tanpa corak (sama ada corak itu berwarna atau tidak berwarna) kecuali Pengawas Sekolah (tanpa corak).
(b) Kasut getah atau kanvas yang bertali dan berpelekat sahaja dibenarkan.
(c) Tali kasut hendaklah memenuhi ruang-ruang yang bertali.
(d) Kasut yang dinila tidak dibenarkan.
(e) Ketinggian kasut mestilah di bawah paras buku laali.
(f) Kasut yang menyeruipai potongan kasut perempuan tidak dibenarkan.